Tuesday, December 29, 2009

Monday, December 28, 2009





SNEK JENAMA CRISPY KELUARAN SYARIKAT NETWORK FOODS INDUSTRIES SDN BHD DIDAPATI MENGANDUNGI EMULSIFIER (E 476) IAITU KOD UNTUK LEMAK BABI...YANG JELASNYA HARAM DIMAKAN OLEH UMAT ISLAM... SILA LIHAT ATTACHMENT UNTUK RUJUKAN ANDA... KALAU XBERAPA CLEAR....BOLEH BELI SENDIRI DAN TGK DIA PUNYA INGREDIENTS KT PLASTIK TU... ADA (E 476) SILA FORWARD UTK MEMBER2 YG LAIN...SAMA2 KITA MENJAGA KESUCIAN ISLAM... SEKIAN, WASSALAM


Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam
Oleh Dr. M. Anjad Khan
Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.
Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran, bahan-bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC, oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.
Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab "KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.
Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin di dunia.
Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42,000.
Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.
Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.
Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.
Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan, ubat-ubatan harus dicantumkan pada kemasan.
Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.
Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan deficit perdagangan bagi negara pengeksport.
Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.
Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera–tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara (civil war).
Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 -an mengetahuinya.
Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari Negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi (lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.
Sebagai akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.
Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.
Semenjak produk-produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu, kekerasan dan seks bebas.
Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.
EMULSIFIERS e-codese 100,110,120,140,141,153,160,161,210,213,214,216,234,252,270,280,300,301,325, 326



327,334,335,336,337,422,430,431,432,433,434,435,436,440,441,470,471,472,473,474,



475,476,478,481,482,483,491,492,493,494,495,542,570,572,631,635,904,920




Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.

Saturday, December 26, 2009

ADAB MENDENGAR AZAN

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ' Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .' Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.Subhanallah. ..Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.Allahu Akhbar!

Friday, December 25, 2009

LOSYEN BRUTAL KHUSUS UNTUK SUAMI


www.bioasli.co.uk/?ref=azmiwkn3102 klick sini utk gambar2 yg menarik


LOSYEN BRUTAL KHUSUS UNTUK SUAMI -Pasti tahan lama

Ianya cepat meresap , kering & selesa untuk digunakan...Supaya isteri mencapai puncak sehingga 3 kali...Suami perkasa isteri akan tersenyum ceria...Dirumus khas untuk suami supaya tahan lebih lama ketika bersama isteri.KANDUNGANVCO, aqua, Glycerin, novemer EC1, Virgin coconut oli, Mineral oil, neolone PE, fragranceKELEBIHAN BILA DISAPU / UNTUK SUAMI> Suami akan jadi lebih perkasa dan tahan lama..xxx.> Isteri boleh mencapai puncak sehingga 3 kali.> Menyegarkan dan menghangatkan.>
Pelayaran lancar dan jauh...CARA PENGGUNAANSuami disyorkan memakai Losyen BRUTAL 30~60 minit sebelum bersama isteri dan ianya berkesan sehingga 10 jam. Sapukan atau lumur rata pada sekeliling di bahagian leher alat suami (terutama bahagian bawah/sensitive area) boleh sapukan keseluruhan. Ianya tidak terasa sejuk dan kebas. Sebaiknya basuh terlebih dahulu alam kelamin suami sebelum bersama isteri.
order azmi 013-2779119 azmi899_hrat@yahoo.com

Home l About Virgin Coconut Oil l Afilliate l About UsShopping basket: $0.00 View basketA truly amazing 100% all natural sexual health products manufactured to meet world standard. You are guaranteed of result. It is the hottest sexual health product on the internet.Therefore it is truly natural and healthy products that you can count on to overcomeyour problem, regain your virility and self esteem and it is anti aging........That's why it is the number 1sexual health product in Malaysia.The history of the creation of Brutal Power 31 LotionThe formulation of this product is specially designed to overcome the problem of premature ejaculation amongst men.
The company received numerous emails from the public requesting Bioasli to create a specially formulated herbal product base on virgin coconut oil to overcome men's premature ejaculation. Among an interesting case is a guy who got married to a divorcee of 2 kids. He had been very worried because he frequently succumb to the aggressive performance of his wife in bed. This caused his wife to whine and complained and demanded that he should look for medication to make him last longer in bed. The husband honestly requested Bioasli to create a sexual enhancement product to help men to have better endurance.
In another case, a wife wrote to the Company in her email asking about a product that could help her husband last longer in bed even with aggressive performance. The wife related that she is much satisfied with the size and length but the problem is he climaxed too soon, not even 3 minutes. " I have bought many products for my husband to try but they don't seem to be able to satisfy me...please assist my husband. Another case, we received an email from a husband in doldrums because he can only last 2 to 3 minutes in bed with his wife. He had to repeat his performance after a 1 hour interval just to satisfy his wife, even that on many occasions he still fail to satisfy her, he pleaded with Bioasli to assist him, and there are many other cases of husband's premature ejaculation problems...To overcome the problem Bioasli conducted a study on several herbs in the Far East region to be formulated to increase the endurance of men during intercourse. After a long search in and out of the jungle and laboratory, finally BRUTAL POWER 31 lotion was created in 2005. The unique meaning of 31 is, the wife is able to reach 3 climaxes against 1 for the husband. Until today thousands of this product has been sold throughout Malaysia and worldwide because of its greatness...Do you know that...............The nature of coconut is that it increases sexual power and relieves pain in the back.Do you know that................Bio-asli once receive an email from a wife thanking Bio-asli because throughout her 7 years of marriage, this is the first time she issatisfied......... really satisfied........ and extremely satisfied.A frustrated wife from Kuala Lumpur"I am a wife of a high ranking officer. I am also holding a secured high position in society. But remember these can't buy the happiness and pleasure of husband/wife relationship. Honestly I must confessed that I have never enjoyed our sexual relationship. Because it had been going on for so long (since we got married) I have become traumatic, scared of being disappointed. The fact was my desire had turn cold, and I was on the verge of giving up"."To my surprise, I found that I am not alone. Many of my colleagues are facing similar problem in silence; husbands premature ejaculation. Recently, out of expectation and probably out of excitement someone mentioned Brutal; the power lotion for men. I was so excited that I personally ordered the product. Well, I thought there is nothing to be ashamed of. Its going to be discreet anyway since the order and payment are made online"."And you guess what happened? Just can't describe.........its simply awesome!!""To all you men out there, shed your ego. Do not think you are great, you are actually torturing someone; your wife. If you have a problem seek a solution".A bank officer from Shah Alam"We have been married for 15 years. Our problem doesn't seemed to end since then. My husband, although looking macho and muscular, but he is a sexual-wreck in bed. I have never experience a climax. Our married life managed to stays intact just because I didn't like the idea of rocking the boat"."Nevertheless, together we put in all our efforts to find a solution. Occasionally frustration and the feeling of giving up do sets in. We have tried countless products including techniques claiming to be effective in overcoming premature ejaculation, but to no avail"."Now I must say a thousand thanks. Everything seems so much different. Now I know how it feels when you reach your climax, and I can't describe in words when I am able to reach multiple climaxes"."Thanks to the awesome product .....Brutal".Marriage on the brink of breaking upCase was related by a stockist in Kuala Lumpur :- An unknown man met him and requested some information as regards to Brutal and KKD that he read on the internet. In a depressed mood he told the stockist that his wife is very disappointed with his sexual performance. He had been struggling with his sexual problem mainly premature ejaculation. He was always being accused by his wife (out of disappointment) of being unfair and selfish. Frustrated, she finally gave him the ultimatum, "do something about it or let me go....." The wife kept pestering him since then.The stockist right away recommended him to use the potent Brutal and KKD. 2 weeks passed and finally the man called him up to thank him because his problem had now been overcome. Now he is able to fulfill his wife's need that she deserves. He expressed his gratitude to the stockist and Bioasli for making such a great product.POWER31 LOTION : BRUTAL FOR MENVirgin Coconut Oil Bases (VCO)Power31 Lotion : BrutalCODE : L31B Size = 30ml USD20.00KKM NOTIFICATION NO. NOT : 080802728KIngredientsVCO, aqua, Glycerin, novemer EC1, Virgin coconut oli, Mineral oil, neolone PE, fragranceInstructionApply and massage gently when necessary( Only for Husband )IndicationUse to moisten and freshenOrder Now , BRUTAL Lotion for MenPOWER31 BRUTAL (code: Brutal) - Design to meet EEC standard. The hottest product in Malaysia and now had penetrated the countries in the region, the Middle East and Europe. Formulated from a combination of spectacular herbs in a base of virgin coconut oil. If you are battling with premature ejaculation or just simply wish to go a little extreme, Brutal is your answer. Satisfy her with mind blowing multiple climaxes and give her the loving she deserves. (for external use only)
Order Now Call Azmi 013-2779119 azmi899_hrat@yahoo.com

Wednesday, December 23, 2009

Elakkan aktiviti tepat jam 12 tgh hari,malam

Elakkan aktiviti tepat jam 12 tgh hari,malam

Elakkan aktiviti tepat jam 12 tengahari, malamOleh Nuri AngkasaMENGAMALKAN doa atau membaca ayat suci al-Quran sebelum melakukan perjalanan sama ada di darat ataun di laut adalah sebaik-baik amalan untuk keselamatan dalam setiap perjalanan.MENGAMALKAN doa atau membaca ayat suci al-Quran sebelum melakukan perjalanan sama ada di darat ataun di laut adalah sebaik-baik amalan untuk keselamatan dalam setiap perjalanan.Namun alam apa juga amalan petua adalah ikhtiar terbaik untuk diamalkan seperti lazim yang dilakukan oleh orang lama yang mengetahui rahsia tersembunyi yang jarang-jarang diketahui oleh kita selama ini.Sebaik-baik amalan anda tidak digalakkan melakukan sebarang perjalanan sama ada di darat dengan kenderaan atau di laut tepat pada jam 12 tengahari kerana waktu itu syaitan sedang bermaharajalela justeru bergerak pada waktu begini (tepat jam 12 tengahari) sering dikaitkan dengan masa yang bahaya.Namun dalam apa juga kepercayaan yang dikaitkan demi menjaga keselamatan dalam perjalanan, doa kepada Allah sebaik-baik amalan yang mesti dilakukan cuma sebagai ikhtiar pertua juga memainkan peranan atas izin Allah.Atas hakikat ini Pak Nuri dan ramai rakan pancing yang mengetahui tidak melakukan waktu tepat pukul 12 tengahari sama ada siang atau malam untuk bergerak mulakan perjalanan sekalipun dalam keadaan tergesa-gesa.Lakukan pergerakan pada waktu pukul 12.02 minit sebagai ikhtiar untuk menjamin keselamatan atas apa yang kita sudah ketahui tapi bagi anda yang sudah melakukan perjalanan sebelum itu anda boleh meneruskan perjalanan anda begitu juga bagi anda yang melepasi jam 12 tengahari boleh meneruskan perjalanan isyaAllah selamat.Melalui pengalaman seorang pemancing yang kebetulan terlupa kerana tergesa-gesa ke lokasi pertama untuk bertemu dengan rakan pancing lain yang dijangka sudah menunggu, Kamarul meninggalkan rumahnya tepat jam 12 tengah malam.Beliau tidak bertemu lokasi tempat rakan pancingnya menunggu, beliau berpusing jalan untuk masuk ke lorong lokasi tapi bertemu semula tempat mula beliau bergerak.Akhirnya, beliau mengingati petua orang-orang tua dengan melaungkan azan sekuat-kuat suara beliau kemudian ditemui oleh rakan pancing yang berada tidak jauh dari tempat beliau disesatkan jalan oleh syaitan.Justru atas peristiwa yang benar-benar berlaku pada Kamarul nyata waktu tepat jam 12 tengah malam adalah waktu tidak sesuai untuk memulakan sebarang aktiviti atau perjalanan.

Saturday, December 19, 2009

Maksud "BYE"

"Kenapa aku baru tau maksud perkataan "BYE"... SubhanAllah!!! Perkataan "BYE" merupakan jarum sulit org Kristian... Di dlm bahasa Arab b'maksud "fihafzil baba ". Manakala dlm bahasa Malaysia b'maksud di Bawah Naungan Pope(paderi). Jadi foward dan sebarkan kepada semua shbt2 anda. Semoga Allah memberi rahmat kpd kita dan org Islam yang lain. Wassalam di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. kalau ada saudara kita terminum 'Holy Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu! . Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan.insyaAllah. tolong fowardkan ... demi islam... demi agama yang tercinta...insyaallah... forwardkan mesej ini..""

Thursday, December 17, 2009

Tiga waktu terbaik utk memancing

Tiga waktu terbaik utk memancing

Tiga waktu terbaik untuk memancingOleh Nuri AngkasaBERTANYAKAN waktu paling baik untuk menjalankan aktiviti memancing di laut selain kena lubuknya, umpan dan air pasang surut maka beberapa pakar veteran nelayan yang sempat ditemui sependapat bahawa masa paling sesuai untuk memancing ialah pada waktu senja sebelum matahari terbenam di kaki langit, tengah malam dan waktu awal pagi sebelum terbit fajar.BERTANYAKAN waktu paling baik untuk menjalankan aktiviti memancing di laut selain kena lubuknya, umpan dan air pasang surut maka beberapa pakar veteran nelayan yang sempat ditemui sependapat bahawa masa paling sesuai untuk memancing ialah pada waktu senja sebelum matahari terbenam di kaki langit, tengah malam dan waktu awal pagi sebelum terbit fajar.Tiga waktu pilihan yang disebutkan di atas berdasarkan pengalaman nelayan yang hidup mereka sebati dengan laut atau paling tepat diterjemahkan bahawa laut adalah pintu rezeki mereka. Kerana itu pelbagai usaha dilakukan bagi mengenal pasti untuk meraih rezeki seharian pada tahap maksimum.Justeru, Petua Pak Nuri kali ini cuba mengaitkan tiga faktor masa yang disebutkan di atas untuk kita berkongsi sambil menentukan arah tuju petua lama dan baru yang boleh diguna pakai pada zaman moden ini.Walaupun perubahan sentiasa berlaku, petua tetap petua. Cuma soal mengamalkan petua itu saja yang mula dilupakan oleh generasi muda hari ini, termasuklah tekong dan pemancing muda (tidak semua). Ini kerana peralatan moden seperti pengesan GPS dan sonar dalam banyak kelebihan berjaya mematahkan keupayaan petua. Namun bukan semua petua dapat dipatahkan kerana petua adalah amalan yang dihasilkan daripada gerak rasa serta suasana sekeliling dan alam semula jadi.Petua kembali semula pada tiga masa terbaik memancing sekali pun tidak pada musim air mati. Waktu senja pilihan pertama, kerana pada waktu ini ikan akan keluar mencari makan dan akan berada dalam kawasan karang, lubuk atau tukun.Pilihan kedua pada waktu tengah malam. Ini kemungkinan ada spesies ikan besar keluar mencari makanan seperti anak ikan sama ada di dasar laut mahu pun di permukaan air yang dihuni oleh banyak spesies ikan kecil bermain. Tetapi ada risikonya mengenai arus air yang deras yang bakal kita hadapi.Terbaik ialah pada waktu awal pagi yang bermula 4 hingga 6 pagi. Ini kerana pada waktu itu ikan akan keluar semula mencari makan dalam keadaan lebih ganas. Begitulah pengakuan orang lama yang sudah sebati hidupnya dengan laut.Ada juga yang memilih air mati yang ada kalanya berbeza dari satu kawasan dengan kawasan lain. Tetapi petua tetap petua dan baik untuk diamalkan.Carilah tiga waktu ini untuk memancing di lubuk, karang atau tukun yang sudah dikenal pasti selain faktor umpan terbaik dan teknik memancing juga perlu dilakukan selaras dengan cita rasa alam sekitarnya bagi menjamin tangkapan lumayan.

Wednesday, December 16, 2009

Bohongi isteri tidak diberkati Allah

Bohongi isteri tidak diberkati Allah

Nuri AngkasaTAHUN Baru 2010 dan Muharam 1431, membuka tirai untuk kita terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara selain terus berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal dan mentaati suruhan Allah.Petua Pak Nuri kali ini ada baiknya mengaitkan mengenai satu pengalaman sebagai usaha mengeratkan lagi harmoni sebuah rumah tangga serta pasangan suami isteri yang dihiasi dengan anak-anak terutama di kalangan keluarga nelayan dan kaki pancing. Jujur dan ikhlas adalah faktor utama atau asas dalam hubungan suami dan isteri walau dalam apa juga keadaan. Bagi warga kaki pancing yang sering merancang sama ada ke laut atau di mana saja daratan, sungai, lombong, tasik atau paya maka mereka harus berkongsi pendapat dengan isteri, ibu atau ayah.Bergerak keluar meninggalkan rumah untuk mencari rezeki atas restu baik daripada isteri serta dalam pengetahuan ahli keluarga pastinya mendapat pahala. Selain itu, perjalanan mereka Insya-Allah akan dirahmati Allah selain mendapat kelapangan dan selesa serta mendapat rezeki yang diberkati-Nya.Namun ada sebilangan kaki pancing yang tidak jujur kepada isteri atau membohongi ahli keluarga. Mereka mencipta atau mengadakan pelbagai alasan walaupun hakikat sebenarnya mereka hendak turun memancing. Mereka tidak berani memberitahu perkara sebenar sehingga akhirnya mereka menanggung dosa kerana berbohong. Niat baik (hendak pergi memancing) tetapi terpaksa menanggung dosa (kerana berbohong). Malah ada yang beranggapan tindakan itu sebagai ‘bohong sunat’.Perkara begini pasti kurang disenangi oleh isteri selain anak mahupun ibu bapa. Malah, Allah tidak memberkati setiap langkah suami yang membohongi isteri. Pada masa sama rezeki yang dicari untuk keluarga itu turut tidak direstui Allah.Bertitik tolak dari sinilah maka Pak Nuri terpanggil untuk mengajak semua kaki pancing supaya dapat berkongsi bersama dengan isteri dalam apa juga aktiviti yang ada hubung kait dengan memancing dan berterus terang lokasi yang bakal dituju dan lamanya setiap ekspedisi.Kalangan isteri tentu menghargai atas kejujuran suami yang turut menjadi satu tanggungjawab baginya mengetahui usaha yang dilakukan suami bagi mendapat keberkatan. Malah usaha murni ini juga mewujudkan kasih sayang antara suami isteri. (Cuma di kalangan isteri perlu memberi peluang suami melakukan hobi memancingnya pada tahap berpada-pada).Tidak ada rahsia yang patut diselindungkan antara suami isteri demi kebaikan terutama ketika mencari rezeki yang halal dan diberkati Allah. Ini penting kerana rezeki daripada perbuatan yang membohongi isteri tentunya tidak berkat. Justeru, jujurlah kepada isteri untuk mendapat keredaan Allah serta beroleh kesenangan di dunia dan akhirat Insya-Allah.Pergilah memancing di mana saja kerana Allah berserta dengan hamba-Nya yang jujur.

Monday, December 14, 2009

Kerapu Pulau Aman



Tangkapan Pertama

Jangan buang tangkapan pertama Oleh Nuri AngkasaADA petua yang mengatakan - rezeki pertama yang didapati pada setiap kali aktiviti memancing sangat berkat terutama kepada kaki pancing sama ada di laut mahu pun di darat.ADA petua yang mengatakan - rezeki pertama yang didapati pada setiap kali aktiviti memancing sangat berkat terutama kepada kaki pancing sama ada di laut mahu pun di darat.Petua kali ini memfokuskan kepada pemancing di laut. Justeru, ingatlah apabila kita mendapat ikan pertama sebaik saja mulakan aktiviti memancing maka itu adalah rezeki dari Allah dan tidak harus dibuang semula ke laut jika ikan itu sangat kecil atau spesies ikan yang tidak berguna.Pendapat dan pandangan beberapa orang nelayan veteran yang ditemui mengakui bahawa rezeki pertama itu jika dibuang semula ke laut atau tasik mahu pun sungai ertinya kita tidak mensyukuri nikmat pemberian Allah sedangkan kita mencari rezeki lumayan buat keluarga.Pernah berlaku nelayan pulang dengan tangan kosong kerana dikatakan membuang ikan pertama yang tersangat kecil yang dinaikkan dan selepas itu beliau tidak dapat seekor ikan pun hingga pulang. “Bagaimanapun ini tidak harus diletakkan sepenuh kepercayaan, kerana rezeki datangnya dari Allah. Justeru, Allah yang menentukan sama ada kita bernasib baik atau sebaliknya selepas memperoleh tangkapan pertama itu. “Cuma logiknya rezeki yang diberi itu kita kena mensyukuri dan tidak membuangnya semula,” kata Tok Ayub seorang nelayan veteran dari Kesang Laut, Melaka.Pernah berlaku peristiwa begini kepada seorang pemancing laut di perairan Pulau Jarak yang mendakwa beliau tidak memperoleh seekor ikan pun sepanjang ekspedisi tiga hari dua malam kerana membuang anak ikan kerapu pada tangkapan pertama.Namun beliau tidak langsung mengaitkan bahawa perkara itu menyebabkan beliau tidak bernasib baik. Cuma ada kemungkinan hari itu bukan harinya.Apa pun bagi Pak Nuri, rezeki yang datang dari Allah adalah pasti dan sebaliknya cuma terpanggil mengisi logik dan kebenaran yang nyata bahawa sebarang rezeki yang diberi Allah sama ada baik atau tidak kita kena menerimanya dengan ikhlas.Bagi Pak Nuri, langkah terbaik dan mensyukuri nikmat rezeki yang diberi Allah walau sekecil mana sekali pun kita kena menerima dengan ikhlas dan tidak membuangnya semula ke laut bagi pemancing yang memancing di laut malah adalah baik sebarang tangkapan pertama itu diambil sebagai rezeki berkat dari Allah.

Petua ustaz mengenai ikan merah
LAIN orang lain ragam dan lain orang juga lain petuanya. Menurut pendakwah bebas, Daud Che Ngah, ketika mengail di perairan Labuan, ada petua tertentu yang diamalkan oleh orang di sana. "Saya tidak pasti bagaimana ikan berkomunikasi tetapi menurut rakan dari Labuan, jika ikan merah meragut umpan dan berjaya dinaikkan, jangan sekali-kali memegang ikan itu. "Kalau sayang sekali pun pada tali pancing anda, potong saja talinya dan pasang mata kail baru. Kalau anda memegang ikan merah itu, tidak akan ada lagi ikan merah yang akan dinaikkan selepas itu," katanya. Ustaz Daud berkata, mungkin ketika menggelupur ada isyarat bunyi tertentu yang dihantar kepada ikan merah lain di air. Ikan merah bergerak berkumpulan, jadi apabila seekor berjaya dikail mungkin ada ikan lain menyedari ia kehilangan 'rakan'. "Kuasa Allah semuanya boleh berlaku dan tidak sampai pada pemikiran kita," kata Daud yang sentiasa membawa ke mana sahaja joran apabila ke luar daerah. Beliau juga pernah memancing di perairan Pangkor.

Berkat dapat izin sebelum mengail
PETUA kaki pancing Terengganu, Alwi Ali, 52, iaitu pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing ialah beritahu isteri atau keluarga, begitu juga majikan. Selain itu, pastikan semua urusan dibereskan. "Jangan meninggalkan masalah di rumah. Ini termasuk meninggalkan duit belanja dan keperluan sekolah anak-anak," katanya yang turut menasihatkan kaki pancing supaya memperolehi umpan di laut kerana ia adalah umpan segar dan yang terbaik untuk ikan di situ. Pilihlah sotong, kembung atau selar sebagai umpan, katanya. Mengenai awan, Alwi berkata, awan hitam pekat biasanya akan membawa bersama ribut dan hujan tetapi dalam masa yang singkat. Dalam tempoh sejam ia akan reda dan kembali tenang. "Ribut ini datang bersama angin dari arah barat laut dan muncul secara tiba-tiba," katanya sambil menasihatkan jika awan hitam kelihatan, pemancing perlu segera kembali semula ke darat bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. Ketika ribut, kilat turut memancar dan kelihatan seolah-olah mencecah permukaan laut. Lazimnya ribut ini berlaku pada Jun, Julai dan Ogos.

Awan sejengkal, ribut akan tiba
SEBAGAI kaki pancing yang sering berada di laut, anda berdepan risiko dilanda ribut. Ia yang datang secara tiba-tiba biasanya membahayakan pemancing terutama yang menaiki bot kecil. Oleh itu, sebagai kaki pancing, anda wajar mengetahui jangka masa ribut akan tiba di lokasi anda. Ini penting untuk membolehkan anda membuat keputusan sama ada berlindung di pulau atau kembali ke pantai. Menurut, Adnan Osman yang berasal dari Langkawi, Kedah, jika anda nampak awan hitam separas dengan laut ia bermakna ribut masih jauh dan memakan masa yang panjang sebelum tiba di tempat anda. Dalam keadaan ini, biasanya anda masih mempunyai masa kembali ke pantai. Tetapi jika awan hitam berada pada paras sejengkal atau lebih daripada paras laut, ribut berkenaan sudah begitu hampir. Oleh itu, segera berhenti memancing kerana ribut akan tiba dalam masa tidak sampai satu jam. Anda perlu segera mencari tempat berlindung. Pastikan anda memakai jaket keselamatan. Oleh itu, jika anda menggunakan bot kecil dengan kelajuan rendah anda patut berwaspada apabila berdepan dengan keadaan ini. Justeru anda dinasihat supaya kerap memerhatikan awan berdasarkan tips di atas. Jangan kerana leka memancing, anda lupa soal keselamatan diri sendiri.

Kekalkan Ikan Segar
BAGI kaki pancing, apabila keluar memancing, tong air batu atau tempat Menyimpan ikan ibarat satu kewajiban. Jika tidak, ikan yang dikail cepat busuk. Ada beberapa tips untuk mengekalkan kesegaran ikan. Pertama, menggunakan uncang jaring. Uncang biasa digunakan jika memancing di kawasan berhampiran rumah. Ikan yang dikail dimasukkan ke dalam uncang jaring dan direndam semula ke dalam air bagi membiarkan ikan itu terus hidup. Bagaimanapun saiz ikan terhad kepada yang kecil (kurang lima kilogram). Ikan bersaiz besar tidak sesuai dimasukkan ke dalam uncang jaring kerana jika meronta, jaring koyak dan ikan terlepas. Cara kedua dan paling biasa digunakan ialah kotak air batu. Ia paling banyak digunakan terutama jika memancing di laut untuk dua atau tiga hari. Ikan yang dikail terus dimasukkan ke dalam tong air batu supaya sentiasa segar walaupun sudah mati. Ada banyak saiz dan kualiti kotak menyimpan ikan yang diperbuat daripada gentian kaca atau plastik. Jadi berhati-hatilah jika membelinya. Biar alah membeli, menang memakai. Cara ketiga banyak diamalkan oleh pemancing yang pergi ke hutan lebih empat hari. Untuk membawa tong ikan adalah tidak praktikal kerana sukar mengangkutnya. Oleh itu, ikan yang dipancing perlu disiang termasuk membuang perut dan insang sekali. Sebaik-baiknya ikan yang disiang dielak daripada terkena air. Ikan yang sudah disiang ditabur sedikit garam sebelum disimpan di dalam bekas simpanan, biasanya tin biskut. Selain itu, ada pemancing memasukkan surat khabar di dalam perut ikan yang disiang bagi mengelakkan ia menjadi busuk. Cara keempat ialah dengan membunuh segera ikan yang diperolehi. Cara ini banyak diamalkan terutama Amerika Syarikat, Kanada dan sebahagian Eropah. Caranya ialah membunuh ikan secara mengejut menggunakan besi tajam. Ikan itu dibunuh dengan menghentak besi tajam di bahagain kepala iaitu antara mata ikan berkenaan (di mana terletaknya otak). Dengan sekali hentakkan, besi tajam tadi akan menembusi tengkorak dan mencederakan ikan. Rasional cara ini ialah ikan yang mati secara perlahan akan mengeluarkan sejenis hormon dari otak. Hormon ini bertindak sebagai perangsang untuk mempercepat proses pereputan protein. Jadi, jika ikan mati secara mendadak, otak ikan tidak sempat merangsang pengeluaran hormon berkenaan. Bagaimanapun, cara ini hanya digunakan ke atas ikan yang besar sahaja. (Sumber rujukan: Majalah Wawasan Pertanian).

Ikan kecil panggil ikan besar
KAKI pancing wajar mengetahui etika memancing. Misalnya, pemancing hanya perlu mengambil hasil tangkapan yang besar dan diperlukan saja manakala ikan kecil dan tidak diperlukan dilepaskan semula, terutama bagi spesies ikan yang hampir pupus. Amalan ini bukan sahaja dapat mengekalkan spesies ikan tertentu pada masa depan malah bersesuaian dengan petua orang tua. Selain tidak bertindak kejam ia juga dikatakan akan membolehkan kita mendapat tangkapan yang banyak dan besar. Menurut Rahmat Mohd Nazim, 36, dari Pekan, Pahang, ada orang tua berpesan jika pemancing dapat ikan kecil, kita perlu lepaskan semula. Jangan dianiaya. "Untuk mendapat ikan yang banyak, kita boleh minta anak ikan berkenaan memanggil ikan yang lebih besar untuk tangkapan kita. Kemudian kita bebaskan ikan itu ke laut. Insya-Allah jika ada rezeki kita akan dapat tangkapan lebih besar," katanya ketika mengunjungi Balai Joran, baru-baru ini. Menurut Rahmat, ramai yang mengamalkan petua itu pernah mendapat tangkapan lumayan. Walaupun petua ini tidak semestinya menjadi kenyataan, namun yang penting amalan ini menjadikan pemancing lebih beretika.

Ekor sembilang penawar bisa
USIANYA yang sudah melepasi setengah abad tidak menggambarkan Yusof Abdul Raof patah semangat dalam aktiviti hariannya sebagai seorang pengusaha makanan di sebuah gerai di Petaling Jaya, Selangor. Apa yang tersirat dalam hatinya, manusia ini seharusnya terus berusaha dalam apa jua bidang yang diceburi termasuk pelbagai kegiatan di masa lapang. Yusof, 58, atau lebih dikenali dengan panggilan Raja Sembilang sentiasa bersyukur atas kebolehan luar biasanya sebagai seorang pemancing yang tidak pernah pulang dengan tangan kosong. Kegemaran memancing yang sudah tertanam di jiwanya sejak berusia 10 tahun itu membolehkan Yusof mendapat gelaran Raja Sembilang kerana beliau memang penganyir dan pakar memancing ikan berkenaan. Tanpa mahu merahsiakan kepakaran luar biasa itu, Yusof secara spontan berkata, apa bidang sekalipun seseorang itu mestilah berilmu selain daripada kemahiran semula jadi. "Saya mengaku, mempelajari segala petua dan cara-cara memancing sembilang ini daripada seorang tua di kampung saya, tetapi sekadar kegunaan sendiri aja..." senyumnya menampakkan keikhlasan. Bagaimanapun beliau terpaksa berpegang kepada segala janjinya iaitu tidak boleh makan ikan berkenaan tetapi sekadar memancingnya saja dan jika hasil tangkapan itu lumayan hendaklah dibahagi-bahagikan kepada mereka yang memerlukannya. Jika beliau melanggar pantang larang ini, ini bermakna tangkapan spesies berkenaan tidaklah sebanyak mana kebiasaan yang diperolehi tetapi sekadar untuk sekeluarga saja. Yusof tidak menyimpan rahsia cara mengenali lubuk sembilang. Pemancing tambahnya, perlu memerhatikan buih-buih yang mungkin dapat dilihat pada permukaan air ketika air besar. Jika buih-buih kelihatan sudah pasti kawasan itu mengandungi banyak sembilang dan tidak akan menghampakan selain ikan ini mudah di kail ketika air mula pasang dan pada waktu surut. Pemancng juga mudah menghasilkan tangkapan ikan ini jika air teres iaitu ketika air surut mirip kepada lopak-lopak air kawasan menghampiri persisiran pantai. Yusof menunjukkan jari dan sebahagian daripada lengannya sambil tersenyum berkata: "Lihat tangan dan jari ini sudah lali dan kebas kerana bisa ikan sembilang. "Pemancing tentu lebih maklum, sengat sembilang bisanya bukan kepalang menjalar hingga ke jantung dan jika rawatan segera tidak diberi pemancing pasti pengsan malah lebam seluruh badan. "Tangan saya ni" sambil menunjukkan berulang kali "tebal kulitnya, bahagian jari ni sudah kematu terkena sengat. "Saya kurang pasti ada yang mengatakan bisa ikan ini akan susut selepas tujuh kali air pasang dan surut. Tetapi bagi saya cara menghilangkan biasanya mudah aja iaitu gigit saja ekor ikan ini sekuat-kuatnya, hingga bisa beransur susut" wajah Yusof membayangkan kebenarannya.

Semburan lumba-lumba bawa hasil
AKTIVITI turun ke laut tidak boleh sebarangan. Jaket keselamatan, bekalan makanan dan paling utama, joran dan umpan mesti diambil kira. Mengikut petua sesetengah pemancing, sewaktu hendak turun ke laut, jangan ditegur atau ditanya Makan juga tidak boleh terlampau kenyang nanti tidak mendapat ikan. Bagaimanapun, kebanyakan nelayan laut dalam tidak mempunyai petua tertentu. Kalau sudah rezeki, berlabuh di laut cetek pun boleh mendapat ikan yang banyak. Mengikut petua zaman dahulu kala, untuk mengetahui sama ada seseorang nelayan berkenaan akan mendapat hasil yang lumayan atau tidak, ianya berpandu kepada ikan lumba-lumba yang bermain di sekitar perairan ataupun yang bermain-main di sekeliling bot sewaktu sedang laju membelah ombak. Lebih memberangsangkan seandainya ikan lumba-lumba berkenaan menyemburkan air dari atas kepalanya ke arah luang bot atau bahagian tepi bot, maka lumayanlah hasil yang akan dibawa pulang nanti.

Petua sebut cewek meow...
KATA orang mulut jangan becok kalau masuk ke kawasan hutan rimba atau mengunjungi sesebuah tempat baru. Begitu juga kalau ingin turun ke laut. Banyak pantang larang yang perlu diikuti. Kadang kala jika difikirkan petua atau pantang larang sedemikian ada yang mengarut dan tidak logik bunyinya tetapi sekadar menghormati pesanan orang-orang tua, kita lestarikan petua dan pesanan itu supaya ianya masih kekal. Antara petua Joran minggu ini ialah jaga mulut kalau turun ke laut. Jangan terlalu "laser". Katalah anda sudah berada di air (dalam bot atau tengah laut) jangan sekali-kali menyebut nama binatang berkaki empat yang hidup di darat. Kalau nak sebut juga beri ganti nama berkenaan dengan nama "cewek" (bukan bermaksud cewek Indon tau..) Contohnya kucing disebut cewek meow, kambing disebut cewek mbekkk... dan harimau disebut cewek aummm...! Kelakarkan? Tetapi itulah hakikatnya yang pernah diamalkan oleh sesetengah nelayan laut dalam di sebelah Pantai Timur. Bukan apa, agaknya nak jaga hati ikan-ikan yang di dalam laut sebab spesies mereka tu tak ada kaki kan?

Lesung batu rumah ikan
MUNGKIN sukar bagi seorang pemancing untuk mencari lubuk ikan yang tidak pernah habis dengan ikan-ikan di dasarnya. Lazimnya kita biasa mendengar tayar atau kereta buruk dijadikan tukun untuk ikan berkampung di sekitarnya.
Mengikut petua, anda boleh membuat lubuk ikan anda sendiri tetapi mungkin mengambil masa yang agak lama. Dapatkan satu lesung batu yang sudah berlubang di bahagian tengahnya. Pastikan anda tidak membuat lubang dan ianya terjadi kerana sudah terlalu lama digunakan. Campakkan lesung batu berkenaan ke mana-mana bahagian sungai yang anda suka, ikan akan berkumpul di situ. Kalau nak tahu cuba buat...

Sarang jabut pengubat bisa
SENGAT sembilang sakitnya bukan kepalang. Kata orang tua-tua bisanya akan beransur hilang setelah tujuh kali air pasang dan surut. Tetapi setiap penyakit itu ada ubatnya. Pemancing Jamal Abdul Jalil seorang anggota polis dari Balai Polis Setapak Kuala Lumpur ada petuanya. Jamal memberitahu untuk meredakan bisa ikan sembilang apa yang perlu anda lakukan ialah memasukkan jari atau bahagian-bahagian tangan anda yang terkena sengat itu ke dalam sarang jabut (busut-busut kecil berlumpur) berdekatan dengan sarang ketam paya bakau. Biasanya sarang jabut ini banyak terdapat di paya bakau atau di tepi-tepi sungai yang berlumpur. Insya-Allah bisanya akan reda, mungkin sarang jabut yang mengandungi cecair lumpur paya itu sejuk dan dapat meredakan bisa serta mengelakkan tangan anda berasa kebas.

Sunday, December 13, 2009

Anggap tidak dpt ikan sebagai ujian

Anggap tidak dpt ikan sebagai ujian

Anggap tidak dapat ikan sebagai ujianOleh Nuri AngkasaRAMAI yang bertanya Pak Nuri, apakah petua yang membolehkan kita mendapat ikan setiap kali turun memancing. Pada masa sama, petua itu boleh mengatasi rakan pancing yang lain.RAMAI yang bertanya Pak Nuri, apakah petua yang membolehkan kita mendapat ikan setiap kali turun memancing. Pada masa sama, petua itu boleh mengatasi rakan pancing yang lain.Ada beberapa petua yang perlu diamalkan. Ini tidak ada kaitan dengan mengamalkan serapah jampi atau kepercayaan yang boleh memisahkan akidah sebenar yang dituntut oleh agama Islam. Kita kena berpegang pada kalam Allah - rezeki, jodoh pertemuan dan kematian di tangan Allah - dan berusaha itu satu kewajipan.Justeru, petua memancing untuk mendapat ikan, kita kena tahu jenis umpan yang digemari oleh spesies ikan di sesuatu kawasan memancing, waktu ikan lapar dan memburu umpan. Arus air laut dan perambut panjang atau pendek turut memainkan peranan bagi menarik perhatian spesies ikan.Lokasi tukun, lubuk atau karang yang sudah dikenal pasti ada dihuni ikan dan umpan yang terbaik seperti ikan atau udang hidup tentu berjaya menjinakkan ikan dengan teknik pancing dasar atau jigging.Dalam soal ini, tidak ada amalan serapah jampi diguna pakai bagi menarik perhatian ikan. Namun apa yang berlaku di dasar laut ialah umpan terbaik saja yang akan diburu ikan. Anda perlu selalu menukar umpan sambil bermain tali supaya umpan yang terapung itu dapat menarik perhatian ikan yang berlegar-legar di dasar.Usaha ini perlu dilakukan dengan sabar dan yakin walaupun kadang kala ada umpan pemancing yang tidak disentuh langsung oleh sebarang ikan dalam masa yang begitu panjang sedangkan rakan pancing di kiri kanannya sudah berjaya mendaratkan pelbagai spesies ikan.Kerana terlalu kecewa, ada pemancing akan sering bertukar-tukar joran dengan rakan sebelah. Namun beliau tetap menerima nasib yang sama. Sedangkan rakan yang menggunakan joran yang berpindah tangan itu terus mendaratkan ikan seperti biasa.Justeru, ini bukan salah joran atau umpan yang tidak kena. Umpan yang digunakan adalah sama dan kadang kala tekong sendiri yang memasangnya. Berakhir ekspedisi 24 jam atau 36 jam, pemancing itu menerima nasib kurang baik kerana tiada seekor ikan yang dapat dipancing. Siapa yang salah dalam perkara ini? Kenapa ikan tidak mahu menyentuh umpan pemancing ini? Sedangkan ikan mungkin banyak di dasar dan meragut umpan yang sama digunakan oleh rakannya?Dalam situasi begini, kita harus menerima hakikat bahawa mungkin ini satu dugaan Allah dan tentu ada hikmah di sebaliknya. Anda jangan sekali-kali menyalahkan diri sendiri atau lebih teruk anda menganggap diri anda seorang yang malang.Ingatlah, Allah yang menentukan nasib anda dan rezeki yang bakal diperoleh kelak. Syaratnya anda kena bersabar dan sentiasa bersyukur.

Saturday, December 12, 2009

Semilang Laut


Ikan sembilang laut utk dijual segar dari laut RM16 sekilo

Ikan sembilang laut utk dijual hidup RM18 sekilo
Semua ikan sembilang saiz A antara 500gram sehingga 2kg.
Tempahan blh hubungi saudara Azmi 013-2779119
Resepi Ikan
Gulai Ikan Sembilang Kacang Lendir Sumber : Masakan Tradisional Utara 1991
Bahan-Bahan:
600 gm ikan Sembilang 10 biji kacang lendir (bendi) 1 biji kelapa 3 sudu rempah kari ikan 3 sudu besar minyak
2 sudu besar air asam jawa ½ sudu teh halba campur (halba bersama biji sawi) 3 labu bawang
15 helai daun kari Garam secukup rasa
Tambah serbuk perasa

Cara:
Bersihkan ikan dan potong ikut saiz yang digemari. Bersihkan kacang lendir dan kikis bulu yang terdapat pada kulitnya. Jika suka potong kacang itu sepanjang 3 cm. Seelok-eloknya biarkan kacang sebiji-sebiji. Hiris bawang merah dan campur dengan halba campur dan daun kari. Tumis hingga kuning. Bancuh rempah kari dengan sedikit. Masukkan kari ke dalam tumisan bawang dan kacau perlahan. Jika terlalu kering masukkan sedikit air. Apabila rempah berbau wangi, masukkan santan dan kacau sekejap. Masukkan kacang bendi. Selepas 2-3 minit masukkan ikan. Apabila kacang lendir telah masak masukkan air asam jawa dan garam. Kacau rata-rata dan angkat.